Manis (Ep. 7)

26 Disember 2016

Ahmad: I don’t want to lie.

Anis: You don’t have to.

Ahmad meletakkan buku tersebut kembali ke dalam kotak, bersama dengan barang-barang lain yang disimpan olehnya. 

Ahmad: But I don’t want to tell the truth either.

Anis memegang bahu Ahmad. Ahmad menoleh ke arah Anis dan tenggelam jauh ke dalam renungan matanya. Daripada raut wajah suaminya, Anis dapat mengesan sesuatu.

Anis: Apa yang Abang takutkan?

Ahmad tersentap mendengar soalan itu dilontarkan kepadanya. 

Ahmad: Abang…Abang…sebenarnya…

Ahmad tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia tidak dapat meletakkan nama kepada punca ketakutannya itu. Dia tidak pernah menyoal dirinya. Dia juga tidak pernah menyoal mengapa dia menyimpan masa silamnya dalam sebuah kotak yang mengumpul habuk di dalam perpustakaan rumahnya. 

Ahmad: I don’t know.

Ahmad menghembus nafas yang berat di dada. Dia merenung barang-barang di dalam kotak usangnya. Setiap barang mewakili memori yang bermakna – yang pahit dan yang manis. 

**********


19 Oktober 2007

Ketua Kelas: Bangun semua!

Semua murid dalam kelas 5 Hassan berdiri. Bunyi heretan kerusi memenuhi ruang kelas tersebut.

Ketua Kelas: Terima kasih, cikgu!

Semua murid: Terima kasih, cikgu!

Cikgu: Sama-sama. Ingat ye, Isnin depan cikgu nak tengok semua siap kerja rumah. Have a good weekend everybody!

Cikgu berjalan keluar daripada kelas. Semua murid kembali duduk atas kerusi masing-masing. Tidak sampai seminit, kelas menjadi riuh rendah dengan bunyi suara manusia di sana sini. Disebabkan cikgu seterusnya belum masuk kelas, semua murid mengambil kesempatan untuk bersembang-sembang. 

Ahmad: Oit Ali, bulan depan ko pegi tak perkhemahan kat Pulau Pangkor?

Ali: Untuk kelab silat ek?

Ahmad: Yup.

Ali: Insha Allah, aku pegi. Cuma aku kena tanya mak ayah aku dulu. Borang kebenaran ibu bapa nak amik kat sapa ek?

Ahmad: Amik kat Roslan.

Ali: Roslan mana satu ni?

Ahmad: Ala, Roslan kelas 5 Cekal. Dia kan ketua kelab so cikgu bagi borang tu kat dia.

Ali: Okeh, lepas habis skolah aku pegi amik.

Ahmad: Ha, bagus! Ko amik untuk aku skali boleh?

Ali: Jebon, aku ingat ko dah amik!

Ahmad: Bro, don’t be like that. We like good good friend what.

Tiba-tiba Anis datang menyampuk. Dia terdengar perbualan Ahmad dan Ali.

Anis: Eh Ali, amik satu untuk aku jugak boleh?

Ali: Ni sekor lagi!

Ahmad, Ali, dan Anis sudah menjadi satu geng sejak Ahmad berkenalan dengan Anis. Tambahan pula, mereka menyertai kelab yang sama dan belajar dalam kelas yang sama.

Huda: Woi, apa bising-bising ni?

Huda, seorang lagi ahli dalam geng itu datang untuk menyertai perbualan.

Ali: Diorang buli aku weih.

Huda: Apsal?

Ali: Kan kelab kita nak buat perkhemahan bulan depan. Budak-budak ni suruh aku amik borang kebenaran ibu bapa kat Roslan. Malas nak mampus. Bukan nak amik sendiri.

Huda: Uish, korang ni tak patut la.

Ahmad dan Anis hanya senyum kambing sahaja. Ali rasa selesa sedikit kerana dia fikir Huda menyokongnya. 

Huda: Korang patut suruh Ali amik borang untuk aku jugak!

Ali: ARGH…APA DOSA AKU?!!!

Ahmad, Ali, Huda, dan Anis: empat sekawan. Kelas yang sama. Kelab sekolah yang sama.  

**********

26 Disember 2016

Anis: Jap, gambar apa ni?

Anis melutut sebelah Ahmad, betulkan kedudukan Maisarah di sebelah kanannya, dan mengambil sekeping gambar daripada kotak Ahmad. 

Ahmad: Oh, yang ni. Anis tak ingat?

Anis: Jap, tempat ni macam familiar. Ni time perkhemahan kelab silat kan?

Ahmad: Yup!

Anis: Weih, kiut-kiut je muka. Kita Form 5 kan time ni?

Ahmad: Aha. Tengok tu. Muka Abang licin ja.

Anis: Hehe…pelik pulak tengok Abang takda janggut. Time tu Abang tak tumbuh janggut lagi ke?

Ahmad: Dah tumbuh dah la, siap boleh tarik-tarik lagi. Masalahnya skolah tak bagi simpan. Pernah skali tu cikgu buat spot check. Terkantoi lepas tu kena cukur dengan cikgu on the spot.

Anis: Oh yes! Anis ingat. Anis ada time tu.

Ahmad: Agak tak puas hati la dengan peraturan skolah pasal janggut. Pernah berdebat dengan ustaz pasal benda ni.

Anis: Pergh, otai nampak.

Ahmad: Biasa la. Darah orang muda. Panas. Kalau sekarang mungkin Abang takkan buat macam tu.

Anis mengangkat gambar itu dan tunjuk kepada Maisarah.

Anis: Maisarah, tengok ni. Ni Abi and Ummi time muda-muda dulu. Yang tu, Uncle Ali. Yang ni pulak, Aunty Huda.

Maisarah memandang gambar dan memandang muka Anis, tertanya-tanya apakah yang diperkatakan oleh ibunya itu. Selepas itu dia senyum, menampakkan dua batang gigi di bahagian hadapan. Geli hati Ahmad dan Anis dengan karenah anak mereka itu.

**********

19 Oktober 2007

Loceng berbunyi. Sesi sekolah sudah tamat.

Ali: Ahmad, jom la!

Ahmad: Jap, tengah nak kemas buku.

Ali: Tinggal je kat bawah meja.

Ahmad: Aku tau. Aku nak bawak balik yang ada keja umah je. Okeh, beres! Jom!

Ahmad, Ali, Huda, dan Anis berjalan menuju pintu pagar sekolah. Separuh jalan ke pintu pagar, Ali berhenti. Ahmad, Huda, dan Anis pun terhenti juga. Mereka kehairanan.

Ali: Eh jap, macam terlupa sesuatu. Ya Rabbi, aku patut pegi jumpa Roslan la!

Ahmad: Laa…nyanyok punya budak.

Ali: Ala, ko pun lupa gak kan?

Ahmad: Aku hensem. So takpa la.

Ali: Apa kejadah argument ko ni?

Ahmad: Oit, baik ko pecut pegi kelas dia. Aku rasa dia ada lagi dalam kelas tu.

Ali: Oh, right.

Ali berlari ke kelas Roslan. 

Ahmad: Woi, jangan lupa amik borang untuk kami jugak!

Ali: OK!

Ahmad, Huda, dan Anis sudah sampai ke pintu pagar sekolah. Ahmad memandang Anis dan Huda untuk menyampaikan salam sebelum berjalan menuju tempat letak basikal lelaki. Tiba-tiba dia sedar sesuatu tentang Anis.

Ahmad: Eh Anis.

Anis: Ya?

Ahmad: Aku baru perasan. Tudung ko jarang gak ek.

Anis: Oh. Jelas sangat ke?

Ahmad: Time cerah-cerah camni, nampak jugak la.

Anis: Tudung jenis bawal camni memang jarang skit. Aku takda tudung yang tebal.

Huda: Eh, abah aku dah datang la. Aku balik dulu ek. Assalamualaikum.

Anis dan Ahmad menjawab salamnya.

Anis: OK la. Balik dulu. Assalamualaikum.

Ahmad: Waalaikumussalam.

Anis berjalan mengambil basikal merah jambunya di tempat letak basikal perempuan. Ahmad berjalan perlahan-lahan menuju basikalnya. Dia berfikir panjang tentang apa yang diperkatakan oleh Anis. Dia mengambil basikalnya dan berpaling ke arah tempat letak basikal perempuan. Anis sudah tiada. 

Ahmad berkayuh pulang. 

Ahmad: Assalamualaikum!

Ummi: Waalaikumussalam warahmatullah!

Ummi menjawab salamnya dari dapur. Dia sedang menyediakan makanan tengah hari untuk seisi keluarga.

Ummi: Dah solat zohor?

Ahmad: Belum. Ahmad nak mandi dulu, lepas tu baru solat.

Ummi: OK. Lepas tu turun makan tau. Kejap lagi siap.

Ahmad: OK.

Ahmad berjalan menuju biliknya. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia berjalan kembali ke dapur. 

Ahmad: Ummi…

Ummi: Ya?

Ahmad: Ajar Ahmad camna nak beli tudung boleh?

27 thoughts on “Manis (Ep. 7)”

  1. selama ni, saya baca cerita pendek tentang Ali dan Alia. Ramai komen, “tak sabar nak tunggu next episod!”. Saya hanya tersenyum, sebab saya tak perlu menunggu next episod. **pembaca terlewat**

    Tapi… tentang Anis dan Ahmad, baru di karya. Dan belum lengkap. Dan, dan. Baru saya faham, apa rasanya “tak sabar nak tunggu next episod!”. HEHE.

    **jiwakacau**

Comments are closed.