Manis (Ep. 5)

26 Disember 2016

Anis melepaskan cubitannya. Ahmad mengurut-urut lengannya yang sakit.

Ahmad: Waduh, pedih bangat seh!

Anis: Itulah balasan ke atas seorang stalker.

Ahmad: Abang tak stalk la. Kita mula kenal time Form 5, tahun 2007 kan? Tapi yang time Form 4 tu kebetulan kita dok kelas Tajweed yang sama. Satu kelas tu ja. Abang pandang Anis sekilas pandang je, tapi Abang dah boleh ingat raut wajah Anis.

Anis: Of course la! Dah muka macam model, mesti la ingat.

Ahmad: Uwek! Nak muntah!

Anis mencubit lengannya sekali lagi.

Ahmad: Adeh, adeh, adeh!

Anis: Lagu Negaraku sekali lagi!

**********

17 Januari 2007

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

Husaini: Please la bro! Please! Please!

Ahmad: Menyusahkan aku ni memang dah jadi hobi ko ek?

Husaini: Haha…mana ada. Kita kawan beb, kena la tolong-menolong. Please! Please!

Ahmad: Ala, OK la!

Pantas Husaini memeluk Ahmad.

Husaini: YES! Bro, I love you!

Ahmad: Woi! Woi! Orang nampak la woi! Reputasi aku tercemar nanti!

Husaini: Reputasi la sangat. OK, ko pegi tanya dia sama ada dia setuju atau tak. Kalau dia setuju, tolong mintak biodata dia.

Ahmad: Nak tanya apa?

Husaini: Ala, benda-benda common. Nama penuh, tarikh lahir, makanan kegemaran, minuman kegemaran, hobi, cita-cita…

Ahmad: Haha…LAME!

Husaini: Ala, buat je la! Cepat, kelas nak start dah ni.

Ahmad: Ye la, nanti lepas skolah jumpa kat gate depan tau.

Husaini: Okeh, set! Thanks bro!

Husaini dan Ahmad bergegas balik ke kelas masing-masing. Ahmad memasuki kelasnya. Kelihatan guru belum masuk. Ahmad mencari Anis, tapi dia tiada. Dia mendekati Ali yang duduk di sebelah mejanya.Β 

Ahmad: Yo Ali, nampak Anis tak?

Ali: Anis mana ni?

Ahmad: Haha…ko pun tak kenal ek? Sama la kita. Dia budak kelas kita la, yang dok depan tu ha.

Ahmad menunjukkan kepada Ali kedudukan meja Anis.

Ali: Oh, dia ka? Budak tu low profile, patut la aku tak kenal. Unlike ko. Bising je memanjang.

Ahmad: Suara aku merdu sangat. Rasa tak adil pulak kalau aku simpan kat diri sendiri. Nanti orang lain tak dapat menikmatinya.

Ali: Haha…tak leh blah punya ayat.

Anis melangkah masuk ke dalam kelas.

Ali: Ha, tu Anis tu.

Ahmad: Panjang umur. Okeh, aku nak jumpa dia jap.

Ahmad mengambil sebuah buku daripada begnya dan berjalan menuju ke meja Anis.

Ahmad: Assalamualaikum.

Anis: Waalaikumussalam.

**********

26 Disember 2016

Ahmad: Adeh! Adeh! Okay, okay, I give up!

Ahmad ketawa dalam kesakitan akibat dicubit oleh Anis. Seolah-olah cubitan isteri tersayang itu seperti menggeletek dirinya. Anis melepaskan cubitan.

Ahmad: Nak report kat Ummi la camni. Anis jahat!

Anis: Ha, try la kalau berani.

Ahmad: Hai, time Form 5 tu baik bukan main lagi. Senyaaaaap je. Rupa-rupanya ada menyimpan serigala di sebalik rupa yang comel tu ye.

Anis: Yang senyaaaaap itu Anis. Yang serigala itu pun Anis jugak.

Ahmad senyum.

Ahmad: And I love you both.

**********

17 Januari 2007

Ahmad: Anis, errr, ingat lagi kertas yang aku bagi before rehat tadi?

Anis: Ingat. Kenapa?

Ahmad: Kawan aku yang bagi tu, nama dia Husaini, and dia nak tau apa jawapan Anis. Sudi ke jadi kawan dia?

Anis berfikir sebentar.Β 

Anis: OK je.

Ahmad: Nice.

Ahmad menghulurkan buku yang dipegang dalam tangannya.

Ahmad: Umm…Anis, mintak biodata.

25 thoughts on “Manis (Ep. 5)”

  1. Assalamualaikum .baru je 1st time menjejakkan kaki ke sini , terus suka cerita manis ni πŸ™‚ tggu ep sterusnye . and tak faham laa , ep ni n ep yg lpas ad psal tibe2 je anis ckp lgu negaraku . mcm tk fhm sngt . haha

Comments are closed.