Manis (Ep. 3)

26 Disember 2016

Ahmad dan Ali sedang makan tengah hari bersama-sama.

Ali: Hahaha, aku marah betul ngan ko hari tu. Pedas je kena batang hidung.

Ahmad: Sorry sorry. Mungkin aku patut lapik skit. Tapi, kadang-kadang kena gak bagi straight to the face betul tak? Tapi, lawak la bila ko merajuk.

Ali: Aku merajuk kejap je. Actually, apa yang ko cakap tu bukan benda baru pun. Aku tahu, cuma buat-buat tak tahu. So, in a way, aku macam marah kat diri sendiri la.

Ahmad: Oh really? Tak penah plak ko bagitau aku pasal ni. Sebab tu ke ko putus ngan girlfriend ko?

Ali: Lebih kurang la. Tapi amik masa sebulan kot nak break. Bukan senang-senang je nak lepas orang yang kita sayang ye tak?

Ahmad: Betul tu. Susah. Sangat susah.

5 April 2006

Waktu rehat sudah tamat. Ahmad dan Ali kembali ke kelas mereka. 

Ahmad: MATI AKU! Keja umah tak siap lagi ni! Bro, pinjam ko punya.

Ali: Pergh, lepas ko “choke slam” aku tadi, ada hati nak pinjam homework aku?

Ahmad: Ampun Tuanku! Bro, emergency ni. Tolong ar!

Ali: Sori. Naik. Lori.

Ahmad: Alaaaaa!!!

Ali: Kelas Tajwid start lepas skolah. Ko ada masa lagi. Ha, baik ko start skang.

Ahmad: Hampeh tul la. Yo, aku bagi ko pinjam kad Pokemon aku nak?

Ali: Rasuah. Itu. Haram.

Ahmad: Alaaaaa!!!

Selepas sekolah tamat pada hari itu, Ahmad dan Ali bergerak ke Kelas Tajwid. Kelas ini merupakan kelas tambahan yang diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam. Ahmad dan Ali duduk bersebelahan. Ahmad sedang sibuk menulis.

Ali: Dah siap ke belum?

Ahmad: Sikit lagi, sikit lagi, sikit lagi, sikit lagi.

Ali: Habis la ko. Tu la, sape suruh tak buat keje umah.

Ahmad: A’uzubillah…

Ali: Ha?

Ahmad: Aku sedang meminta perlindungan Allah daripada bisikan Syaitan.

Ali: Oit! Ko cakap aku ni cam setan la ek?!

Ahmad: Sshhhhhh!!! Senyap ar. Aku gurau je la.

Ustazah masuk kelas.

Ahmad: Sikit lagi, sikit lagi, sikit lagi…yes, siap!

Ali: Ceit!

Ustazah: Assalamualaikum.

Semua: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Ustazah!

26 Disember 2016

Ali: Siap jugak keje umah ko ek. Ingatkan nak torture la ko skit sebab tembak aku hari tu.

Ahmad: Aku cincai je. Asalkan siap.

Ali: Jadi selama ni ko dok ingat lagi la hari tu ek? Hari ko menjadi penyebab aku break ngan girlfriend aku.

Ahmad: Yes. And no.

Ali: Ha?

Ahmad: Ko tak perasan?

Ali: Perasan apa?

5 April 2006

Ustazah: Ingat ye, kedatangan hari ni worth 2% markah final Pendidikan Islam awak.

Ali: Ustazah, 2% je?

Ustazah: Nampak je skit, tapi 2% tu boleh jadi penentu A atau B. Sape yang tak datang hari ni, rugi la ye.

Ali membisik kepada Ahmad sesuatu.

Ali: Bro, 2% je la. Buat penat je ko buat keje umah tu.

Ahmad: Bro, aku datang sebab ilmu. Ko bajet bacaan Quran ko tu gempak ke?

Ali: Dah dah la tu tembak aku.

Ahmad senyum.

Ustazah: Ustazah akan call nama awak untuk ambil kedatangan ye…Anis!

Anis: Ade!

15 thoughts on “Manis (Ep. 3)”

  1. Cerita yg sgt menarik, kesinambungan dr cinta SMS..
    terima kasih kpd encik aiman jgk.. tunggu cerita nie dr satu episod ke satu episod, melatih kesabaran jgk..alhamdulillah.. :p

Comments are closed.