Manis (Ep. 2)

26 Disember 2016

Ahmad dan Ali sedang makan tengah hari bersama-sama di sebuah restoran.

Ahmad: Alia sihat?

Ali: Alhamdulillah. Selsema dia dah kurang. Kesian kat anak dia. Rindu mak.

Ahmad: Nak wat camna. Nanti berjangkit kang.

Ali: Eh jap, hari ni Maisarah genap 2 tahun kan?

Ahmad: Yup. Cepat giler membesar.

Ahmad senyum.

Ali: Yang ko tersengih-sengih ni pehal?

Ahmad: Agak lawak la bila dengar kita cakap pasal anak masing-masing. Pejam celik pejam celik, dah berkeluarga dah. Aku masih ingat lagi time kita kat skolah dulu.

Ali: Hahaha…good times kan?

Senyap seketika. Masing-masing melayan kenangan di bangku sekolah. Tiba-tiba Ahmad membisik sesuatu. 

Ahmad: 5 April 2006.

Ali: Ha?

**********

5 April 2006

Loceng berbunyi. 

Ali: Oi ustaz, tunggu aku!

Ahmad: Cepat la weih, nanti kang line kantin panjang plak. Aku lapar ni!

Ali: Apa spesel ari ni?

Ahmad: Cam biasa ja. Aku nak makan cepat-cepat pastu masuk kelas. Keja umah kelas Tajwid tak siap lagi. Mati aku!

Ali: Nak pinjam aku punya?

Ahmad: Bleh gak. Thanks bro.

Mereka makan di meja yang sama. Duduk bersebelahan.

Ahmad: Oh ye, aku dengar citer dah “maju” skang.

Ali: Maju?

Ahmad: Ye la, aku usha Friendster ko semalam. Tetiba je status bertukar.

Ali: Ahaks, rajin ko meng-usha aku ek.

Ahmad: Aku tengah tukar layout profile aku time tu. Yang lama punya dah boring. Pastu aku nampak gambar profile ko. Amboi, siap bercantum pipi lagi. Aku pikir maybe tu akak ko, tapi ko mane ade akak. Ahaks! Apa cer bro?

Ali: Hehe…aku dah berpunya dah skang.

Ahmad: Fewwit! So, bila aku bleh merasa nasi minyak bro?

Ali: Nasi minyak?

Ahmad: Ye la, nasi minyak. Sambil-sambil dengar alunan kompang gitu.

Ali: Oh…hehe, belum sampai seru lagi la bro. Awal lagi. Still nak blaja. Dah la duit takde. Lagipun, belum sedia lagi nak amik tanggungjawab tu.

Ahmad: Aik, kalu tak silap aku, tanggungjawab yang ko amik skang ni lagi la berat.

Ali: Heh? Mana ada.

Ahmad: Ye la, ko kan kena “tanggung” dosa and “jawab” ngan Allah nanti.

Ali:

Loceng berbunyi.

Ahmad: Alamak, keje umah!

22 thoughts on “Manis (Ep. 2)”

  1. Ni betul super-extra-short drama series ni. Kalau buat jadi drama mesti satu episode tak sampai 5 minit. Haha buat la panjang sikit encik aiman azlan 😀

  2. x sabar nak tunggu next episode… tapi kan, pendek sangat lah… hehehe… make it long for an episode.. really like to read ur writing..! =)

Comments are closed.