Manis (Ep. 1)

26 Disember 2016 Azan Subuh berkumandang. Ahmad membuka matanya. Dia melihat Anis masih lagi tidur, sambil memeluk anak kecil mereka; Maisarah. Ahmad memandang mereka berdua seketika, mengira setiap tarikan dan hembusan nafas. Dia senyum. 

Ahmad: Anis. Anis. Bangun.

Anis: Pukul brapa skarang?

Ahmad: Subuh dah masuk. Jom.

Anis: OK.

Ahmad: Careful. Takut Maisarah terjaga.

Mereka bersiap sedia lalu solat Subuh bersama-sama. Selepas solat, mereka menghadap satu sama lain. Masih lagi di atas sejadah. Ahmad mengalih pandangannya kepada Maisarah yang masih lagi nyenyak tidur di atas katil. 

Ahmad: Anis, tengok anak kita tu.

Anis: Dah 2 tahun dah dia, Bang. Perut Anis ni masih lagi dapat rasa kehadiran dia. Ingat lagi first time dia sepak-sepak dalam perut Anis?

Ahmad: Of course la Abang ingat. Takkan lupa sampai bila-bila. Allah, syok betul la time tu!

Anis: Time flies kan?

Ahmad menyandarkan badannya ke dinding, menghadap Anis. Di belakang Anis, Maisarah sedang nyenyak tidur di atas katil. 

Ahmad: Yeah. Pejam celik pejam celik, tengok-tengok dia dah besar.

Ahmad menghembuskan nafas berat di dada. 

Anis: Abang, is everything okay?

Ahmad: Huh? Oh, it’s nothing. Abang tengah fikir something.

Anis: Apa dia?

Ahmad: Tak penting sangat.

Anis: Abang, dah 3 tahun dah Anis dok ngan Abang. Anis takda la expert, tapi Anis dah boleh baca muka Abang. Kalau bendanya tak penting, Abang takkan risau sampai macam tu skali.

Ahmad tersenyum. 

Ahmad: Obvious sangat ek?

Anis: To me, yes.

Ahmad: Alahai, senang benor nak terkantoi ngan awak ni ye?

Anis: Come on la. I am your other half. The better half.

Ahmad: Hekeleh…

Anis tergelak kecil. Ahmad tersenyum mendengar gelak tawanya. Comel.

Ahmad: OK la. Abang bagitau. Meh sini, dok tepi Abang.

Anis duduk di tepi suaminya. Sama-sama bersandar di dinding. 

Ahmad: Sejak kebelakangan ni, Abang dok fikir sesuatu. Sesuatu yang kurang menyenangkan hati.

Anis: Apa dia?

Ahmad: Akan datang harinya bila Maisarah akan tanya, macam mana kita boleh bertemu dan macam mana kita boleh bersatu.

Anis:

Anis meletakkan kepalanya di atas bahu Ahmad. Mereka berdua memandang Maisarah di hadapan mereka, yang masih lagi tidur. Kedengaran bunyi detikan jam di dinding.

73 thoughts on “Manis (Ep. 1)”

  1. I asked my parents that question. and my dad replied with a ridiculous “bapak tgh main ragbi, mak lalu tepi padang, pastu kawan bapak suruh tackle. ” =.=” But i guess Anis and Ahmad aren't the loyar buruk type, eh?

  2. “Akan datang harinya bila Maisarah akan tanya, macam mana kita boleh bertemu dan macam mana kita boleh bersatu”

    sweet…ala2 'How i met ur mother' tp versi islamic.. xsabar tunggu next episode:)

  3. another version that u can look forward to continue:

    ummi: adam, jum kita solat.
    adam: ok ummi. kejap,adam nk ambil wudhuk.

    beberapa minit selepas itu. adam berdiri di belakang ummi. sambil menarik2 telekung ummi,

    adam: abi mane, ummi?

  4. Aslkm. Could you please add an English version as well? Some of my friends and I have just finished reading Lovely SMS and we were absolutely in love with it, tabaarakAllah. You write very well. May Allah guide many with your creative insight. But now we really wana know what happens next with Ahmad! 😀 So please don't prolong our suspense. Oh, and obviously the reason I ask for a translation is because we don't speak Malay 🙂 we're from South Africa. Shukran.

  5. **tersentap**

    saya pula tiba2 terfikir, permulaan yang kita pilih yang akan di kenang satu masa nanti. Dan permulaan itu kita yang lakar, kita sendiri yang pilih. Samada baik atau sebaliknya..

Comments are closed.