Cinta SMS (Ep. 6)



Abi: Ahmad, mana Ali?

Ahmad: Entah. Jap, Ahmad mesej dia.

Henset Ali berbunyi.
Ahmad: Dah sampai?
Ali: Aku kat luar umah ko dah. Cuak kot!
Ahmad keluar.

Ahmad: Assalamualaikum!

Ali: Waalaikumussalam warahmatullah.

Ahmad: La, apsal tak call aku?

Ali: Aku tengah layan fikiran la bro.

Ahmad: Ko fikir banyak sangat la. Jom masuk!

Ali berjalan perlahan-lahan masuk rumah.

Ali: Assalamualaikum pak cik.

Abi: Waalaikumussalam warahmatullah. Sila la duduk.

Ummi: Alia, tolong amik air.

Ali duduk. Walaupun sofa empuk, dirinya tetap rasa kurang selesa. Abi tahu dia nervous dan dia sengaja tidak mahu memulakan perbualan. Dia hanya senyum dan tunggu.

Alia: Sila la minum.

Ali amik cawan di depannya dan minum, dengan harapan dapat mengurangkan kejanggalan situasi. Tak berkesan. Dia sedar bahawa dia harus berani.

Ali: Ehem...rasanya pak cik dah tahu kot kenapa saya datang ni kan?

Abi: Kenapa awak datang ye?

Ali: Err...camne nak cakap ek?

Ahmad menghantar SMS kepada Alia...

Ahmad: Abi ni saja buat orang gabra kan? Padahal dia tahu je kenapa Ali datang.
Alia: LOL! Lia pun gabra gak ni.

Ali: Sebenarnya...saya datang...nak menyampaikan hajat...ingin...kahwin...dengan......Alia

Abi: Kahwin?

Ali: Ye.

Ummi: Umur awak brapa tahun Ali?

Ali: Saya sekarang dah 21 tahun mak cik.

Ummi: Oh, blaja lagi la?

Ali: Ye.

Abi: Bila awak plan untuk kahwin?

Ali: Seberapa cepat yang boleh. Saya tak nak rush, tapi saya jugak tak nak tangguh. Salah satu agenda saya datang ni nak bincang pasal bila nak kahwin jugak la.

Perbualan sudah mendapat momentumnya. Ali semakin kurang nervous.

Abi: Dari segi kewangan, macam mana tu Ali?

Ali: Err...sama macam Ahmad, saya ada biasiswa.

Abi: Brapa awak dapat sebulan?

Ali: Alhamdulillah, dapat $1300 sebulan. Lebih dari cukup kalau pandai belanja.

Abi: Awak tahu kahwin ni bukan murah kan? Kenduri yang sederhana pun ada la dalam RM14,000. Tu tak termasuk pelamin, hantaran, upah mak andam, baju pengantin, dan lain-lain.

Ali: Hantaran? Pelamin?

Ali memandang Ahmad. Ahmad pun nampak keliru.

Ahmad: Abi, kita nak buat persandingan ke? Hantaran jugak?

Alia: Lagi satu, Lia tak tahu pulak Abi nak upah mak andam. Sejak bila Lia pakai mekap Abi? Gincu pun tak penah pakai. Setakat lip gloss ja.

Ummi: Well, hari tu kan hari special untuk Lia. Bukan selalu pun jadi raja sehari ni kan?

Ali: Err...pak cik, kalau kita tak buat persandingan boleh tak?

Abi: Kenapa?

Ali: Saya rasa kurang selesa bila bayangkan isteri saya berhias-hias pastu kena "display" kepada orang ramai. Mata-mata lelaki asing yang memandang tu rasa macam anak-anak panah menusuk hati saya.

Ummi: Ala, sehari je kan?

Ali: Saya faham. Hari tu hari special. Kami seakan-akan raja pada hari tu. Tapi, even raja pun harus patuh pada Raja yang sebenar iaitu Allah kan?

Abi: Kalau tak buat, nanti apa kata-kata jiran pulak?

Ahmad dan Alia kelihatan kurang selesa dengan perbualan ini.

Ali: Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang pak cik. Saya bukan kata yang kita tak boleh nak ada adat langsung dalam perkahwinan ni. Apa yang saya nak katakan ni ialah kita tapis dulu adat-adat kita ni supaya tak langgar perintah Allah.

Ummi: Tapi ramai je yang buat.

Ali: Saya tak nak cakap apa-apapun bagi pihak mereka. Itu antara mereka dengan Allah. Dalam situasi kita ni pulak, ia antara kita dengan Allah.

Abi: Jadi tak nak bersanding la ni?

Ali: Seeloknya tak perlu la pak cik. Tapi, kalau nak dibuat jugak, kita boleh adakan sesi bersanding dengan kaum hawa dan saudara lelaki sahaja. Kaum adam yang asing tak boleh masuk. Dan kita tak benarkan sesiapa ambil gambar melainkan kamera kita sendiri. Takut-takut ada yang upload dalam Facebook ke, Flickr ke, dan entah apa lagi website yang diorang boleh upload gambar-gambar tu. Ha, kalu yang tu nak bersolek pun takpe.

Abi: Awak tak rasa ekstrim ke tu?

Ali mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan senyuman di mukanya dan menjaga adabnya. 

Ali: With all due respect, saya rasa yang ekstrimnya ialah Alia berhias berlebihan depan khalayak ramai dengan solekan yang berlebihan dan pakaian pengantin yang terlebih lawa. Kebanyakkan pakaian pengantin Muslimah tidak Muslimah pun, walaupun labelnya "Muslimah".

Alia: Lia setuju dengan Ali tu. Kalau setakat nak pakai sehari je, pastu simpan dalam almari and biar berdebu je Lia rasa macam membazir. Dah la bayar mahal. Kalau mahal tapi boleh dipakai everyday tu okay jugak.

Ummi: Ummi nak Lia nampak segak hari tu. Kenduri kahwin tu sekali je tau?

Dengan suara lembut, Alia menjawab...

Alia: Ummi, segak di mata siapa?

Suasana senyap seketika...



49 comments:

  1. omjayyy , best gilaa . ali mmg cool <3

    ReplyDelete
  2. seronok2. mkin extreem. wee:)

    ReplyDelete
  3. nice ! kenyataan pada hari nih persandingan adalah sesuatu adat yang tak leh nak pisahkan dari orang Islam. walhal adat bersanding tu datangnya dari orang india. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. episod tujuh!!!
    heee~mkin excited.. :)

    ReplyDelete
  5. biasa nampak anak2 yang nak kawen ni mesti kena ikut kata2 parents. kat sini ada kelainan sikit bila diorang yg cuba ikut prinsip dorg n terangkan pada parents dorg.

    sy rasa kalu in reality mmg akan terjadi salah faham. teringin nak tahu sambungan cerita ni.

    :)

    ReplyDelete
  6. Saya suka perkongsian ini. Terima kasih. Keep up the good work. May Allah bless you as a writer. Amin.

    ReplyDelete
  7. mcm my bro kawen dulu, bapak mmg x bagi buat bersanding. mujur dpt ayah jenis faham agama . =)

    ReplyDelete
  8. umi dgn abi dia ni mesti nak uji ali ja sebenarnye ni.

    ReplyDelete
  9. (^__^)
    bagus episod ni,..nampak cara Ali pertahankan prinsip dia yang dahulukan cinta ALLAH..

    realitinya, memang susah anak muda sekarang nak buat macam ni..
    tapi, ade je yang buat dan berjaya pertahankan apa yang perlu di pertahankan..
    respect sama mereka!

    can't wait for the next episode.. (^_^)

    ReplyDelete
  10. yey.. xperlu sanding! jimat ribu-riban dah nih.. =)

    ReplyDelete
  11. bagusnya ali tuu! respect to that guy! sngt jarang ade dialog psl kawin sprt yg ali ckpkan tu...hu2...what's the next episode?? really can't wait for it! please continue! :D

    ReplyDelete
  12. boleh jdkn contoh klu nk kawen tp xnk sanding ni...
    hehehehehehehe

    ReplyDelete
  13. Aishh..x sabar menanti episod seterusnya. xD

    ReplyDelete
  14. no sanding2 time kahwin~ 5 or 6 tahun lg. hee.

    ReplyDelete
  15. meaningful ,
    ayat yang sesuai utk norm sekarang .
    thanks ali :)

    ReplyDelete
  16. confuse dgn parents dier..

    is a test for Ali?

    ReplyDelete
  17. Waaaawaawawawa ~ Xsabar nk tnggu ep7 ..
    Gaya cm parents dia nk uji Ali jer ..
    Mak aih , klo tyme sy nk kawin plak kna mcmtu habisla ..

    ReplyDelete
  18. mcm apa yg kakak rasa skrg..mak nak everything semms perfect n kakak plak nak yg wajib jer..

    ReplyDelete
  19. rse nak menangis sebab sebak. saya harap dipertemukan dengan lelaki macam Ali

    ReplyDelete
  20. like2..x sabar nk tggu next episode

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum . .best!! hihi em rasenye abi n umi alia saje nk uji Ali kn. . saje nk tgk Ali nie macam mane. .ngeh3 (*__^)

    ReplyDelete
  23. makin menarik cerita ini..

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. nk tekan Cinta SMS (Ep. 7).tapi tak boleh..why??cannot wait for the ep.7..kalau CL dpt laki mcm si Ali,mmg tak cari lain dah..huhu

    ReplyDelete
  26. Tak sabar nk tunggu episod seterusnya. Thanks for all the info. :)

    ReplyDelete
  27. I wonder if in the reality things will go this well..Tawakaltu ala ALlah

    ReplyDelete
  28. ok la dapat guy yg memahami adab2 dalam islam....so x de la membazir @ tabarruj berelebih2an...wlaupun raja sehari,x bermakna perlu membazir...yg pasti buat yg wajib dulu... lagiupun still belajar..lepas kahwain bnyak lagi yg perlu dilakukan n memerlukan peruntukan yg bnyak..pe2 pun nice story......barakallahufik

    ReplyDelete
  29. wah....menarik....ayat2 dari mulut Ali tu padat, direct dalam cara yang tidak menyinggung perasaan orang tua....

    ReplyDelete
  30. alia tu bpe taon ?

    ReplyDelete
  31. subhanallah. such a great love story. well done bro! (:

    ReplyDelete
  32. gambate aiman. may Allah bless you for what u r doing. Ali is a strong man with a noble heart.his journey in his live will make him a better man Insyaallah. with the support from Alia, together, they'll lead a 'happy' live even....

    ReplyDelete
  33. seiously, Ali ni idola aku. *after Rasullullah and my dad lah of course ahaha*

    ReplyDelete
  34. guna duit biasiswa utk kawin? biasiswa tu guna utk study kan? ni dah menyalahguna. kalau Allah tanya kat akhirat nnti mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg duit biasiswa utk study. so, tak boleh la beli makan yer? bukankah makan tu satu keperluan? sama la juga perkahwinan, keperluan buat sesetengah orang. daripada kita belanjakan duit biasiswa tu utk tgk wayang, mana lebih baik?kalau Allah tanya kat akhirat nnti mcm mana?

      Delete
  35. wuish kita pulak yang berdebar baca! good job ali!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.