Manis (Ep. 4)



26 Disember 2016

Ahmad pulang ke rumahnya.

Ahmad: Assalamualaikum!

Anis: Waalaikumussalam warahmatullah.

Ahmad: Anis dah makan?

Anis: Dah. Si Maisarah pun dah kenyang. Terus tido. Ali apa khabar?

Ahmad berjalan lalu duduk di atas sofa. Anis menuruti dan duduk di sebelah suaminya.

Ahmad: Dia sehat, Alhamdulillah. Tapi Abang tengok dia letih skit la. Mungkin sebab dia kena jaga si anak most of the time, since Alia masih lagi sakit. Tapi selsema Alia dah kurang so Insha Allah tak lama lagi baik la tu.

Anis: Alhamdulillah.

Ahmad: Sorry la Abang balik lambat skit. Tak sangka akan lepak lama ngan Ali.

Anis: Takpe. Rancak bersembang ek?

Ahmad: Yup. Kitorang cakap pasal kenangan-kenangan lama time skolah dulu. Pasal first time Abang nampak Anis.

Anis: Oh, time kita jadi classmate ke?

Ahmad: Bukan-bukan. Tu time Form 5, tahun 2007. Time tu kita first berkenalan. Yang Abang cakap ni time kita Form 4. Abang nampak Anis time kelas Tajweed Ustazah Maryam. Ingat tak?

Anis: Eh, Abang ada dalam kelas tu?

Ahmad: Haa...tak ingat la tu. Yes, Abang ngan Ali ada time tu. Abang nampak Anis tapi kita tak bercakap pun. Abang ingat muka je.

Anis: Hoho...stalker!

Anis cubit lengan suaminya dan dia tidak mahu melepaskan cubitannya. 

Ahmad: Adeh, adeh, adeh...

Anis: Ha, nyanyi lagu Negaraku! Cepat, cepat!

17 Januari 2007

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.

Selepas perhimpunan tamat, semua pelajar kembali ke kelas masing-masing. Ahmad melangkah masuk ke kelasnya: kelas 5 Hassan.

Ahmad: Pergh, habis basah baju aku bhai.

Ahmad buka blazernya dan sangkut blazer tersebut di atas kerusinya.

Nafizi: Ha, sape suruh ko jadik pengawas. Padan muka!

Ahmad: Peluang keemasan beb. Kena la amik. Tapi ye la, you have to pay a price. Seksa jugak pakai blazer ni time perhimpunan. Dah la mahal.

Nafizi: Kesian benor kat korang ni. Malaysia panas kot. Time mana la korang selesa pakai blazer tu.

Ahmad: Sekolah dah tetapkan macam tu. Nak wat camna kan.

Di luar kelas, seorang lelaki sedang melambai-lambai.

Nafizi: Eh Ahmad, tu sape tu? Aku rasa dia tengah lambai kat ko la.

Ahmad: Oh, tu Husaini. Kawan aku.

Ahmad berjalan untuk berjumpa dengan Husaini.

Ahmad: Assalamualaikum!

Husaini: Waalaikumussalam. Bila cikgu ko masuk?

Ahmad: Entah. Aku rasa suma cikgu ada mesyuarat kot. Selalunya cikgu dah masuk dah time ni. Ada apa bro?

Husaini: Emm...ko kenal Anis kan?

Ahmad: Anis mane?

Husaini: Bongok! Anis kelas ko la. Tu ha!

Husaini memuncungkan bibirnya ke arah Anis. 

Ahmad: Oh, dia. Tak la kenal sangat. Budak tu diam-diam je aku tengok. Tak penah sembang pun ngan dia.

Husaini: Boleh tolong aku tak?

Ahmad: Apa dia?

Husaini: Tolong bagi kertas ni kat dia.

Ahmad: Apa ni?

Husaini: Takde pape. Bagi je la kat dia.

Ahmad: Asal ko tak bagi je kat dia?

Husaini: Ala, jangan banyak tanya la. Bagi je!

Ahmad: OK la, OK la. Ish!

Ahmad berjalan ke arah Anis. Meja Anis terletak di hadapan kelas, di sebelah kiri. Kelihatan dia sedang bersembang dengan rakan yang duduk disebelahnya. 

Ahmad: Anis.

Anis menoleh ke arah Ahmad.

Ahmad: Err...kawan aku suruh aku bagi kertas ni kat ko.

Anis: Ada apa dalam ni?

Ahmad: Entah. Aku tak bukak pun.

Ahmad beredar. Anis membuka lipatan kertas tersebut dan membaca nota yang ditulis di atasnya. Mukanya berkerut seketika, kemudian dia senyum. 

Loceng berbunyi. Waktu rehat.

Husaini: Ko dah bagi kertas tu belum?

Ahmad: Dah. Apa kebenda ko tulis atas kertas tu?

Husaini: Aku interested nak jadi kawan dia. And, aku dapat tau yang ko sekelas ngan dia. So, aku tulis atas kertas tu yang aku nak jadi kawan dia and mintak ko tolong sampaikan.

Ahmad: Laaa, tu je ke.

Husaini: Dia cakap apa?

Ahmad: Don't know. Ko suruh aku bagi kertas je kan?

Husaini: Ciput tul!

Ahmad: Kalu ko nak tau apa jawapan dia, tanya la sendiri. Kehkehkeh...

Episod 3 | Episod 5

Waiting



So powerful is this memory,
Keeping you so close to me,
My heart flees to you in a hurry,
Struggling I am to keep it steady.

She's not mine! She's not mine!
What is she doing in my mind?
I shall not cross that Divine line,
I'll stand waiting, tortured by time.

O Allah, my heart is aching!
Pounding on the bars it's kept in,
The leash is nothing but a string,
Hands are bloody but still holding.

You know how much I want to let go,
Unleash this flesh to the one it misses so,
But this heart of mine I worship not, no!
I bow to the One who turns it - my Lord!

Manis (Ep. 3)



26 Disember 2016

Ahmad dan Ali sedang makan tengah hari bersama-sama.

Ali: Hahaha, aku marah betul ngan ko hari tu. Pedas je kena batang hidung.

Ahmad: Sorry sorry. Mungkin aku patut lapik skit. Tapi, kadang-kadang kena gak bagi straight to the face betul tak? Tapi, lawak la bila ko merajuk.

Ali: Aku merajuk kejap je. Actually, apa yang ko cakap tu bukan benda baru pun. Aku tahu, cuma buat-buat tak tahu. So, in a way, aku macam marah kat diri sendiri la.

Ahmad: Oh really? Tak penah plak ko bagitau aku pasal ni. Sebab tu ke ko putus ngan girlfriend ko?

Ali: Lebih kurang la. Tapi amik masa sebulan kot nak break. Bukan senang-senang je nak lepas orang yang kita sayang ye tak?

Ahmad: Betul tu. Susah. Sangat susah.

5 April 2006

Waktu rehat sudah tamat. Ahmad dan Ali kembali ke kelas mereka. 

Ahmad: MATI AKU! Keja umah tak siap lagi ni! Bro, pinjam ko punya.

Ali: Pergh, lepas ko "choke slam" aku tadi, ada hati nak pinjam homework aku?

Ahmad: Ampun Tuanku! Bro, emergency ni. Tolong ar!

Ali: Sori. Naik. Lori.

Ahmad: Alaaaaa!!!

Ali: Kelas Tajwid start lepas skolah. Ko ada masa lagi. Ha, baik ko start skang.

Ahmad: Hampeh tul la. Yo, aku bagi ko pinjam kad Pokemon aku nak?

Ali: Rasuah. Itu. Haram.

Ahmad: Alaaaaa!!!

Selepas sekolah tamat pada hari itu, Ahmad dan Ali bergerak ke Kelas Tajwid. Kelas ini merupakan kelas tambahan yang diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam. Ahmad dan Ali duduk bersebelahan. Ahmad sedang sibuk menulis.

Ali: Dah siap ke belum?

Ahmad: Sikit lagi, sikit lagi, sikit lagi, sikit lagi.

Ali: Habis la ko. Tu la, sape suruh tak buat keje umah.

Ahmad: A'uzubillah...

Ali: Ha?

Ahmad: Aku sedang meminta perlindungan Allah daripada bisikan Syaitan.

Ali: Oit! Ko cakap aku ni cam setan la ek?!

Ahmad: Sshhhhhh!!! Senyap ar. Aku gurau je la.

Ustazah masuk kelas.

Ahmad: Sikit lagi, sikit lagi, sikit lagi...yes, siap!

Ali: Ceit!

Ustazah: Assalamualaikum.

Semua: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Ustazah!

26 Disember 2016

Ali: Siap jugak keje umah ko ek. Ingatkan nak torture la ko skit sebab tembak aku hari tu.

Ahmad: Aku cincai je. Asalkan siap.

Ali: Jadi selama ni ko dok ingat lagi la hari tu ek? Hari ko menjadi penyebab aku break ngan girlfriend aku.

Ahmad: Yes. And no.

Ali: Ha?

Ahmad: Ko tak perasan?

Ali: Perasan apa?

5 April 2006

Ustazah: Ingat ye, kedatangan hari ni worth 2% markah final Pendidikan Islam awak.

Ali: Ustazah, 2% je?

Ustazah: Nampak je skit, tapi 2% tu boleh jadi penentu A atau B. Sape yang tak datang hari ni, rugi la ye.

Ali membisik kepada Ahmad sesuatu.

Ali: Bro, 2% je la. Buat penat je ko buat keje umah tu.

Ahmad: Bro, aku datang sebab ilmu. Ko bajet bacaan Quran ko tu gempak ke?

Ali: Dah dah la tu tembak aku.

Ahmad senyum.

Ustazah: Ustazah akan call nama awak untuk ambil kedatangan ye...Anis!

Anis: Ade!